PUSH
Â

Para Pengikut----->


Monday 18 July 2011

Musim Raja Buah

::ASSALAMUALAIKUM WBT::

Melalui tajuk di atas mesti semua sudah tahu kan Raja segala buah iaitu buah ape? Haa Buah Durian laa..Sekarang sudah musim taw..berlambak jual di tepi jalan..Selonggok RM10 boleh dapat tapi kadang-kadang isi die tidak sedap.

Sedikit informasi tentang buah durian-------->>Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "RAJA BUAH" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". 
 
Hujung minggu yang lepas ak bersame keluarga telah pulang ke kampung halaman emak ak, iaitu di Pengerang Kota Tinggi, Kami telah melalui highway yang baru di bina kire sudah xjauh la dari rumah ak dalam 40 minit sampai kampung ak. Tapi biase la kalau sudah lalu highway mesti la kena bayar tol..Harge tol sebanyak RM5.90 sahaja..Ape yang menarik ak hendak kongsi cerita adalah sepanjang lalu highway baru tu kite boleh lihat permandangan yang cantik bukan Ladang kelapa sawit semata-mata jerk..
Kite akan melalui jambatan ala-ala jambatan pulau pinang gitu..cantik dan tinggi taw..xpercaye tengok la gambar nih..

~Jambatan Sungai Johor~
Kampung ak ni terletak betul-betul hujung peta malaysia kalau sesiapa hendak tahu..
Cerita pasal kampung pulak..Bila sudah balik kampung ape yang best of course laa ak dapat pergi kebun buah-buahan..Tunggu durian runtuh..Excited sampai makan durian ini xingat dunia...Sekarang sudah musim memang senang la nak dapat..Ape-ape pon ak harap korang enjoy di musim Durian nih...
 
 
Okey la sampai di sini jerk cerita merepek yang ak hendak tulis...Nanti kite sambung lagi yer..

Tingkatkan prestasi Jauhkan Kontreversi Zazzzzzs
Salam 1 Malaysia
(>_<)

P/S : Amalkan permakanan Buah-buahan tempatan

0 comments:

Post a Comment

Tangan sedang menaip ~