PUSH
Â

Para Pengikut----->


Saturday 10 December 2011

Puncak Kuala Lumpur

::..ASSALAMMUALAIKUM WBT..::

Salam 1 MALAYSIA
Puncak Kuala Lumpur yang aku maksudkan adalah Menara Kuala Lumpur iaitu mercu tanda Malaysia.
Tempat tu tak asing lagi bagi kita semua. Sebenarnya agak lama juga aku teringin naik menara itu. Dan akhirnya tercapai juga impian aku. Terima Kasih kepada Fad Fabregas & Abuya kerna sudi meluangkan masa untuk memenuhi impian aku.

~ Menara Kuala Lumpur~

Berikut adalah sedikit tentang sejarah Menara Kuala Lumpur
< http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Kuala_Lumpur>

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996

  ~Ketinggian 421 Meter~

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

 
  ~Kubah kaca kristal di lobi lif utama~

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina IslamMuqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

 
  ~Teropong melihat keindahan ciptaan ALLAH~

Dan sedikit gambar-gambar yang sempat aku snaps hehe ^_^

 ~Rumah Limas~

 ~Kerata Formula 1~

~Kedai game F1~

 ~Bandaraya Kuala Lumpur~

 
 ~Di belakang Menara berkembar KLCC~

 ~My Girl Fad Fabregas~

 ~Tunggang Mr Pony~

 ~Okey Selamat Tinggal Mr Pony~

Seronok sangat dapat naik menara KL tu..Aku dapat rasa semua beban dekat kepala aku hilang. Walaupun harga tiket RM38 (termasuk pilihan samaada Naik Pony, Mini Zoo atau Kedai game F1) tapi berbaloi-baloi la pengalaman pertama. Kalau semua nak tahu aku terlampau obses dengan cerita korea "My Girl" dalam sedutan cerita drama tu, dia ada menyatakan kalau kita ada masalah atau sedih jangan pergi jauh-jauh cuma kita perlu pergi tempat yang tinggi. Mungkin segala masalah serta kesedihan kita akan hilang~

 ~My Girl Ost~

Sedikit sebanyak memang hilanglah segala masalah aku ^_^

Keesokan harinya pula, aku menghadiri majlis perkahwinan teman serumah sewa aku sewaktu sama-sama belajar di Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) di Sungai Besi, Turut serta Edora & Family, Chemong, Sopie & Ayu, Jijul & Isteri, Cikgu & Kekasih hati dan juga Fad Fabregas. Alhamdulillah aku tumpang gembira atas perkahwinan mereka. Percintaan selama bertahun-tahun dan aku kagum akhirnya mereka di satukan.Semoga mereka kekal bahgia hingga akhir hayat.Tahniah kawanku Zila & Zam.

 ~MR & MRS ZAM (my fren zila)~

 ~Bersama sahabat-sahabat PUO~

 ~Bersama Gang Rangers (Edora)~

Lepas dari wedding aku terus gerak untuk kembali ke JB, tak puas lagi bersama-sama kawan-kawan tapi apakan daya. Masa mencemburui kita, Panjang umur kita jumpa lagi kawan-kawan. I will miss u all. 
Sayonara T_T

 ~Coffee Break~
 P/S : Menghindari masalah yang harus kamu hadapi itu seperti menghindari kehidupan yg harus kamu jalani.

0 comments:

Post a Comment

Tangan sedang menaip ~