Aku tak tahu perjalanan hidupmu
terlalu setianya kau pada rahsia
apa yang kutahu
adalah apa yang kau pamerkan sekarang
terlalu setianya kau pada rahsia
apa yang kutahu
adalah apa yang kau pamerkan sekarang
waktu silammu masih selingkar rahsia
tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu
Tak pernah kau bercerita
tentang sejarah hidupmu
tentang sejarah hidupmu
kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku
membiarkan aku dengan seribu persoalan
tanpa jawapan yang pasti
aku tak berdaya mendesakmu lagi
Apa yang hanya kau luahkan
hidupmu tak seindah mimpi
perjalananmu penuh liku
hidupmu tak seindah mimpi
perjalananmu penuh liku
kau tak mahu menoleh lagi
pada hari-hari semalam
niatmu kini hanya memandang hari esok
dan menebus kesilapan lalu
membuktikan sesuatu yang jitu
(Anna Abadi)
P/S : Cinta sejati adalah apabila kita masih mampu untuk tersenyum , sambil mendoakan kebahgiaan untuknya walau jika terpaksa melepaskan dia pergi~
3 comments:
Makaceh pd smue yg LIKE =)
sabor ye cik ayin..
yunk...cmment pki acc0unt g0ogle la sng =)
Post a Comment