PUSH
Â

Para Pengikut----->


Saturday 29 October 2011

Lotus Desaru Beach Resort

:.ASSALAMULAIKUM WBT.:

         Pagi yang ceria memberkati hari-hari minggu bagi penghujung bulan Oktober…Pejam celik enh aku dah genap 24 tahun okey..!! Agak-agak korang dah TUA ker  aku hahaha ADA AKU KESAH~ 

Hari ini aku sangat teruja sebab orang jauh nak datang JOHOR sempena “Bufday Gurl” uiikkss…Siapa lagi kalau bukan Sahabat Baik TORRES iaitu Fad Fabregas dari Gombak KL kekeke ^_^

Actually ini kali ke 2 dia datang Johor dan kali terakhir tahun 2010 tapi aku cuma bawak dia Round2 Bandar JB jerk..apa sangat yang ade sebenarnya lebih kurang KL jerk kan Bandar JB nih..Oleh kerana itu aku bawak dia z0ommm ke tempat peranginan pulak…Amacam CHARE x?? hahaha =,=

Tepat kul 6 pagi KTMB dr KL Central tiba di JB Central…Fad sms aku tapi aku masih belum bangun maklum laa malam tadi celebrated bufday aku sampai lewat malam..Ishhhk anak dara ape nih Alaaa sekali sekala sebab member-member aku nak celebrated kan..Aku sedar-sedar alamak dah 6.47 pagi la..Kecian Fad tunggu lama sorang-sorang…Sangat rushing la aku mandi, solat subuh n bersiap-siap…

Lepas pickup dia aku ajak breakfast dekat pasar tani Larkin, kitaorang makan Lontong Kering..Apa tu Lontong Kering iaitu nasi himpit, serunding, bergedil, kuah kacang n paru sambal lepas tu pekena nescaffe tarik…Semangat Yah0ooo O_o

Dan bermula laa kembara Ayin Torres and the Geng bergerak ke DESARU bersama member aku Zyah and Family kira 2 kereta jerk..Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit melalui Highway Cahaya Baru-Desaru dan apabila sampai dekat sana mula-mula Gerimis lepas tu hujan renyai-renyai tapi Alhamdulillah berhenti dan cuaca memberkati aku hari ni suam-suam suku panas dia..Seronok sangat dapat mandi-manda melawan ombak, naik Banana Boat, naik ATV Ride tayar besar gedabak..Tapi sedeh aku nak main kayak xdapat sebab faktor ombak besar..Anywhere I’m having so much fun and enjoy my vacation at Lotus Desaru Beach Resort.

~Peta laluan untuk ke Desaru~


Berikut adalah beberapa potret yang sempat aku amek dengan DSLR pinjam hahaha Roll..!!!

~ Gerbang masuk~

~Pintu masuk pantai~

~Pantai Lotus Desaru~

~Banana Boat~

~Panas suam-suam suku~

~Nak naik Viper xdapat~

~Placing ATV Ride gamble x..?~

~Ayin Torres and The Geng~

~Angin sepoi-sepoi xfaham bahasa~

~Okey enough time's up~

~Back to JB ARIOS~

 ~Price List~

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Lotus Desaru Beach Resort ini..Kalau agak berminat cuba layari Laman Web di bawah Klik sajer ~_~


Lepas ni agak-agak apa next plan aku ya...Anak Ali Bin Akhbar....Sabar-sabar ada lagi cerita menarik yang aku nak kongsi...Tungguuuuu episod yang seterusnya Daaaaaaa @_@

P/S :  "Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu"


3 comments:

FAD said...

mmg best..nasib xujan kn...

Ayin Torres said...

ALLAH mberkati perjalanan kite..Biarpun Ombak memukul Pantai =)

Unknown said...

Macam cing cong

Post a Comment

Tangan sedang menaip ~