PUSH
Â

Para Pengikut----->


Sunday, 27 November 2011

Wedding Ceremony at Singapore

…..:::::ASSALAMMUALIKUM:::::…..

Salam 1 MALAYSIA semua…

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai  “Wedding Ceremony” saudara aku yang berada di seberang sana…Haaaa dekat mana tu?? Alooh tak jauh pun seberang Tambak Johor mana lagi kalau bukan Kota Singa (Singapore).

 
~Bandaraya Singapura~

~Pelan ke rumah Pengantin~

Majlis perkahwinan yang di adakan di Choa Chu Kang Crescent, Singapore.

~Blok 663~ 

  ~Lokasi~

Dekat sini aku nak kongsi sikit, apa yang membuat aku rasa menarik adalah Majlis Persandingan Belah Perempuan dan Lelaki di adakan pada Hari & Waktu yang sama. Tengok Pengantin Exspecially Pengantin Lelaki , saudara aku sangat rushing huhu (Kesian xape sekali seumur hidup) ^_^
Kalau majlis pengantin kita, Pengantin akan salam jumpa tetamu lepas bersanding kan?? Tapi kalau saudara aku ni, Sebelum bersanding dan pergi ke majlis belah perempuan dia WAJIB salam dan bertegur sapa dengan tetamu-tetamu yang ada.

~Raja Sehari kita (Wafi)~
Sudah selesai sesi Salam dan Bertegur-sapa dengan tetamu. Ahli  marhaban, pemegang bunga manggar dan kompang akan mengiringi Pengantin ke rumah Pengantin Perempuan. Kira-kira pukul 1.00 Petang-3.00 Petang kemudian barulah Majlis bertandang ke rumah pihak Lelaki. How sweet <3

~Kumpulan Marhaban~

~Pelamin Putih+Oren simple kan sweet~

~Meja Makan Damai~

Kalau bab menu makanan, sama sahaja dengan orang Johor iaitu Nasi Minyak lauk Ayam masak merah, Daging dan Kambing rendang, Dalca, Arca Buah dan Sambal Goreng (Masakan orang Jawa), bukan itu sahaja ada Soto dan Laksa Johor, Manisan wajik, lepat jagung, Apam dan macam-macam lagi. Kalau air simple tapi sedap pernah dengar  tak Air Bendera SELANGOR?? Air Sirap+Oren Sunquick  Masam-masam manis Kelassss kau AYIN tak lupa juga Chikong..Sedap =_=

~Buffet Makanan~

~Tempat Santapan tetamu~

Memang penat sangat tapi berbaloi saudara punya pasal kan…Masa mencemburui aku so aku tak sempat la nak Jalan-jalan kota singa…Next time boleh pergi lagi Ape Ade Hal @_@

Semua orang sedara-mara dan sahabat handai aku dah kawen..Tinggal aku jerk masih mencari ewahhh...Belum sampai seru bak kate mak aku (Sebab Sedara-Mara dan Jiran-jiran sibuk tanya). Perkahwinan tu bukan perkara mudah, mestilah bersama sepanjang hidup bukan cuma sehari-dua. Kalau boleh kekal hingga akhir hayat insyaALLAH amin~

~Singgah kejap Shopping Complex YewTee Point~


P/S :  Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

1 comments:

Anonymous said...

Gerek seh singapore i LIKE

Post a Comment

Tangan sedang menaip ~