PUSH
Â

Para Pengikut----->


Monday, 5 December 2011

Dream High (Kirin Art Highschool)

..::ASSALAMMUALAIKUM WBT::..

   Annyeong Sayo (Hello)..!!! Joh-Eun Halu Doeseyo (Have a nice day)... ^_^
Mahu beli sayur bak kata member aku hehe...Demam KOREA memang melanda di malaysia sekarang. Fenomena muzik K-POP sering ke udara di radio. Tapi apakah anda semua faham bahasa mereka??. Kalau aku apa susah Google Translet ada (pilih sahaja nak bahasa dari negara apa Korea, jepun, sepanyol, thai, jerman etc.

Aku juga salah-seorang peminat muzik dan drama korea. Banyak juga koleksi dvd serta download-download muzik dan drama simpanan aku. Di sini aku hendak kongsi sikit drama yang sedang hangat di tayangkan di Televisyen siaran 8TV setiap hari Sabtu Jam 6.30 petang. Iaitu Dream High

 ~Drama DREAM HIGH~

Bermula daripada kisah pencarian ujibakat untuk memasuki Kirin Art Highschool, sekolah bagi pelajar yang berbakat dalam bidang Nyanyian dan Tarian.

Go Hye Mi (Suzy - Kumpulan MissA) seorang pelajar dari sekolah biasa tetapi sering memasuki kelas vokal dan pernah membuat persembahan besar menyanyi bersama penyanyi opera. Dia sangat cantik dan mempunyai pakej yang lengkap tetapi sayang dia sangat angkuh dengan kelebihan serta kekayaan yang dia miliki. Pada suatu hari ayahnya telah jatuh muflis dan segala harta telah di sita. Bapanya telah lari bersembunyi meninggalkan Dia dan  adik perempuan yang masih kecil. Dia juga terpaksa membayar balik hutang-hutang bapanya. Oleh kerana itu dia harus memasuki Kirin Art Highschool supaya dia boleh menjadi penyanyi dan penari berkaliber.

~Go Hye Mi (Suzy MissA)~

 ~Ketika ujibakat kerana sikap yang angkuh dia tersenarai kategori khas (Terpilih/Terkeluar)~

Song Sam Dong (Kim Soo Hyun) seorang anak muda berasal dari kampung. Mempunyai suara yang merdu di warisi oleh Mendiang Ayahnya walaupun tidak mahir menari. Tetapi dia seorang yang sangat naif dan baik. Dia terpilih untuk masuk ujibakat tetapi bagi kategori khas. Dia sering di hina dan di cemuh oleh kawan-kawan di sekolah tetapi Go Hye Mi sahaja yang baik dengan dia. Dia sanggup buat sahaja untuk melindungi demi kebaikan Hye Mi kerana dia sudah mula menyukai Hye Mi yang sering mengambil berat terhadap dia. Semakin hari semakin jatuh cinta tetapi Sam Dong hanya mampu memendam perasaan kerana dia sedar asal-usul dirinya.

~Song Sam Dong (Kim Soo Hyun)~

~Ketika baru menjejaki kaki ke bandar~
 
Jin Guk (Taecyeon -Kumpulan 2PM) pula seorang lelaki yang taksub dengan tarian. Dia adalah anak orang kaya tetapi hidup berdikari kerana dia lebih cenderung menghabiskan masa menari 'Breakdance' bersama kawan-kawan nya padahal Keluarganya menyuruh dia sambung belajar di luar negara.. Pada masa ujibakat dia tidak terpilih kerana ada berlaku kekacauan tetapi dia dimasukan dalam kategori khas. Dalam masa yang sama dia sebenarnya adalah kawan ketika Hye Mi kecil. Hubungan mereka kembali bertaut. Dalam diam-diam Jin Guk juga menyimpan perasaan terhadap Hye Mi.

 ~Jin Guk (Taecyeon 2PM)~

 ~Gemar menari~

Baek Hee (Eun Jung - Kumpulan T-Ara) Pada mulanya adalah sahabat karib Hye Mi seorang yang amat polos. Dia amat kagum dengan kelebihan yang dimiliki Hye Mi dan sering menjadikan Hye Mi ikon nya. Tetapi Hye Mi sering memperkecilkan kebolehan yang di miliki nya.Pada waktu ujibakat Hye Mi telah memalukan Baek Hee (Tidak puas hati dengan keputusan Penilai) kerana dia terpilih masuk sekolah itu dan Hye Mi pula di kategori khas. Sejak dari itu sifat Baek Hee mula berubah dia menjadi seorang yang angkuh dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia jadi pelajar yang terbaik, Sifat hasad dengki yang dimiliki oleh dia adalah kerana menyimpan dendam terhadap Hye Mi.

 ~Baek Hee (Eunjung T-Ara)~

~Seorang yang polos pada awalnya~

Jason (Woo Young Kumpulan 2PM) Pelajar yang berasal dari Amerika. Dia adalah tersenarai antara pelajar yang terbaik. Pakej yang sangat lengkap Pandai menyanyi serta menari. Mempunyai rupa yang kacak di gilai ramai pelajar perempuan. Seorang yang kurang fasih berbahasa korea, pendiam, kelakar dan kurang bergaul dengan orang. Dia diminati seorang pelajar yang agak "Chubby" iaitu Pil Suk setiap hari di Locker dia pasti ada Lolipop dan Note kata-kata semangat. Jason sangat selesa berkawan dengan Pil Suk, dia kagum dengan kegigihan Pil Suk walaupun seorang yang kurang menarik dari segi penampilan tetapi memilik suara yang memukau. Dan akhirnya Jason mula jatuh cinta dengan Pil Suk kerana mereka sering bersama.

~Jason (Woo Young- 2 PM) ~ 

 ~ Suka bergurau dengan Pil Suk~

Pil Suk (IU) Pelajar yang mempunyai suara yang merdu, disamping kelebihan mahir bermain gitar. Tetapi dia mempunyai penampilan kurang menarik faktor badan dia yang gemuk. Dia tersenarai kategori pelajar khas. Dia seorang yang sangat gigih. Cuba menjadi terbaik dan sanggup menyahut cabaran Jason untuk menjadi kurus, oleh kerana dia sangat meminati Jason. Dia juga yang sering menghantar lolipop dan Note Kata-kata semangat. Akhirnya mereka menjadi pasangan yang sangat Comel dan romantik ^_^

~Pil Suk (IU)~

~Ketika dia masih gemuk~

Cerita ini sangat  menarik kerana memaparkan kisah suka-duka, kegigihan para pelajar yang ingin menjadi yang terbaik. Juga tenaga pengajar para guru yang tabah menghadapi sikap serta masalah-masalah yang melanda.

~President Jung (Bae Yong Joon)~

~Teacher Kang (Uhm Ki Joon) & Teacher Yang (Park Jin Young)~

~Teacher Shi (Lee Yoon Ji)~

Keseluruhan cerita ini sangat memuaskan dan aku sanggup beli dvd nya dan sudah berulang kali tonton. Dengar khabar akan ada sambungan Dream High 2 cuma yang sedih bertukar pelakon. Kalau ikut logik betul la masing-masing sudah grade Ada yang jadi Penyanyi dan penari terkenal,menjadi Guru tenaga pengajar sekolah itu dan macam-macam lagi. Cuma aku harap Dream High 2 akan lagi menarik. Tak sabar menanti =_=

Sedikit sedutan Dream High -------->

~SarangHae (Love) & Choo Wa Hae (Like)~

P/S : Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya





3 comments:

FAD said...

laki winter sonata pn ade..hehhe.sudah lame xtgok cite korea...tringt je nk tngk lg cite my girl pas naik menra tue..

Ayin Torres said...

Taw xpe wndu k0t nk tgk winter s0nata...Kan besh kat jb ade gax JB TOWER klu aku strees msti ari2 ak g mcm cite My Girl huhu =_=

Unknown said...

Ok

Post a Comment

Tangan sedang menaip ~